Friday 17 June 2011

Kepentingan Pendidikan Sepanjang Hayat

Menuntut ilmu merupakansuatu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu tanpa mengira kaum dan agama.konsep pendidikan sepanjang hayat bukanlah suatu perkara baharu.Sebaliknya konsep ini telah lama diamalkan oleh kebanyakan masyarakat dunia.Namun begitu,konsep pendidikan sepanjang hayat telah diberi penekanan semula oleh kebanyakan negara.Keadaan ini timbul ekoran perubahan persekitaran baharu dunia yang dipengarui globalisasi dan ekonomi berasakan pengetahuan atau K-ekonomi.Ekonomi berasakan pengetahuan menjadi keutamaanbagi menjamin dan menentukan daya saing sesebuah negara. Produktiviti dan kualiti sesuatu produk pada masa kini ditentukan oleh daya inovatif dan aplikasi pengetahuan atau pengguna teknologi.Setiap pemimpin negara dunia sedar bahawa aset utama bagi kemajuan sesebuah negara itu ialah rakyat. Aset utama rakyat pula ialah pengetahuan kemahiran yang mereka peroleh untuk menyumbang kepada kemajuan diri,masyarakat dan negara.

4 comments: