Friday 17 June 2011

Konsep Pendidikan Sepanjang hayat

Pada hari ini,konsep pendidikan sepanjang hayat merangkumi pengertian yang begitu luas.Konsep inimerangkumi proses pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang pendidikan seluas-luasnya kepada setiap individu tanpa mengira kelas sosial,kaum,umur dan juga jantina.Peluang pendidikan yang diberikan adalah bagi meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan kompetensi seseorang.

Pendidkan sepanjang hayat menekankan kepada proses pembelajaran kendiri dan bukanny proses pengajaran.Halini bererti bahan-bahan dan pedagogi yang digunakan adalah sesuai dan mesra pelajar.Selain itu,waktu belajar perlu juga fleksibel dan kurikumnya sesuai dengan kemajuan teknilogi dan keperluan semasa.

Pendidikan sepanjang hayat boleh dilakukan sama ada secara formal seperti di sekolah,instituti pengajian dan pusat latihan vokasional,ataupun secara tidak formal iaitu berdasarkan pengamalan dan latihan di tempat kerja masing-masing.Cara pendekatan pendidikan sepanjang hayat ini boleh dipelbagaikan supaya mudah diakses oleh pelajar seperti melalui,pembelajaran ataupun kursus secara pos.

Ringkasnya,pendidikan sepanjang hayat ialah suatu proses pembelajaran yang berterusan bagi tujuan meningkat pengetahuan dan kemahiran seseorang.

2 comments: